skip to main | skip to sidebar
nasi lemak

2008-12-28

Posted by seri bestari at 5:30 PM
Newer Post Older Post Home

SERI BESTARI

View my complete profile

APAKAH NASI LEMAK KUKUS SERI BESTARI ?

NASI LEMAK secara tidak rasminya sudah menjadi hidangan wajib bagi orang Melayu juga bangsa lain di Malaysia. Tiada yang boleh mengatasi keenakan nasi lemak terutama yang dikukus kerana ia mengeluarkan aroma yang menyelerakan, diadun dengan santan kelapa segar dan diperlazatkan lagi dengan sambal ikan bilis, sambal sotong, ayam rendang, kacang goreng, telur rebus dan timun ataupun kangkong rebus dan lain-lain lagi.

Kini, makanan ini bukan sahaja dinikmati pada waktu pagi. Malahan, ia dinikmati pada waktu makan tengah hari dan malam. Nasi lemak kukus merupakan satu sajian makanan yang ringkas lalu dijadikan makanan pilihan rakyat negara ini yang terdiri dari pelbagai latarbelakang. Lebih istimewa lagi ia di jual pada harga yang relatif murah. Biasanya harga nasi lemak berada di dalam lingkungan RM 1.00 hingga RM 3.50 sebungkus.

SERI BESTARI, NASI LEMAK PILIHAN RAMAI

Seri Bestari ialah jenama pelbagai jenis nasi lemak kukus yang diproses oleh kilang milik 100% bumiputera (Islam). Sebelum ini, nasi lemak merupakan perniagaan keluarga ataupun di buat secara sambil-sambilan sahaja. Ia diproses di rumah-rumah pengusaha berkenaan dalam jumlah kuantiti yang sedikit antara 50 sehingga 500 bungkus sehari.

Kini, nasi lemak menjadi suatu perniagaan yang menguntungkan pengusaha, jika pengeluarannya dapat dilakukan dengan cara yang sistematik dan berskala besar. Atas maksud inilah, syarikat Seri Bestari Enterprise yang berpengkalan di Kepala Batas, Jitra, Kedah Darul Aman menggorak langkah membuka sebuah kilang pemerosesan nasi lemak kukus berskala besar dengan pelbagai jenis menu untuk pilihan pengguna.

Terdapat 10 menu nasi lemak kukus keluaran syarikat Seri Bestari Enterprise.














Sembang Nasi Lemak