
Ke arah penghasilan makanan 'Halaalan' lagi 'Tayyiba'Kepentingan makanan yang halal, suci, bersih, berkualiti dan berkhasiat sangat penting kepada seorang Muslim. Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya:
“Setiap daging yang tumbuh daripada yang haram, maka api neraka lebih layak baginya”.
Riwayat at-Tabarani.
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah itu baik, tidak menerima melainkan yang baik, dan sesungguhnya Allah memerintah yang baik, dan sesungguhnya Allah memerintah orang-orang yang beriman dengan apa yang diperintahkan kepada sekalian Rasul”
Riwayat Muslim
“TIDAK akan memasuki syurga DAGING yang tumbuh daripada yang HARAM”
Riwayat Imam Ahmad
APAKAH AMALAN PENGILANGAN ISLAMIK (IMP)
IMP atau Islamic Manufacturing Practice ialah suatu standard ataupun piawaian yang berkonsepkan ’Halalan Tayyiba’, bertujuan untuk mendapatkan keredhaan dan keberkatan Allah SWT.
Modus operandinya dalam pengeluaran produknya bukan sekadar suci dan bersih dari sudut lahiriah, malahan ia juga suci dan bersih dari sudut rohaniahnya.
Seorang muslim bukan sahaja dikehendaki oleh syara’ memakan makanan yang suci lagi halal tetapi Islam juga mengajar umatnya agar memastikan roh Islam turut dipelihara dengan cara-cara tertentu. Ia bermaksud bukan sekadar mendapat kekenyangan malah ia diajar supaya menuntut keberkatan daripada makanan tersebut.
Dalilnya ialah Rasulullah S.A.W mengajar umat Islam agar membaca Bismillah ketika mahu menjamah makanan, agar perbuatan tersebut dapat menjamin kesucian rohani dan jasmani pada diri manusia.
Konsep IMP menekankan bahawa kilang yang memproses makanan bukan sahaja bersih dan suci, bahkan lebih utama ia mestilah mengambilkira dari segi hukum halal-haram maupun syubahat dalam pengeluarannya. Ini kerana, makanan yang akan di makan akan memberi kesan yang mendalam kepada jiwa, hati, pemikiran serta pegangan seseorang terhadap agamanya.
Erti kata yang lain bahawa manusia hanya mendapat kekenyangan fizikal daripada makanan yang di ambilnya, jika ia tidak mengambil kira soal keredhaan dan keberkatan Allah SWT .
Zaman sekarang, kita hanya mampu melihat anak-anak mau orang dewasa yang hanya memgambil makanan yang halal di sudut lahiriah semata-mata, walaupun ia dihasilaan oleh yang bukan Islam. Lebih buruk kadang kala pengguna sukar untuk memilih atau memastikan yang mana satu makanan yang halal ataupun syubahat mau haram kerana kaedah pemerosesan makanan tidak di ambil peduli oleh pengguna. Kesannya ialah jiwa dan rohani mereka beku daripada taqwa kepada Allah SWT.
Secara ringkasnya prinsip dan prosedur dalam modus operandi IMP ialah sebagaimana ibadah-ibadah lain, ia terdapat tata tertib, etika dan akhlak berlandaskan ajaran Islam yang syumul mesti dipatuhi. Berikut adalah prosedur asas dalam IMP :-
Menggunakan bahan mentah yang halal dan berkualiti supaya produk yang dihasilkan adalah halal.
Menggunakan modal dari sumber yang halal
Menghasilkan produk yang berkualiti, halal, suci dan bersih dari pandangan syariat Islam
Sangat mengutamakan kebersihan dan kesucian (zahir dan batiniah)
Berwudhuk dan berdoa sebelum melakukan pekerjaan
Tidak merosakkan alam sekitar
Memastikan produk yang dihasilkan tidak memberi kesan mudarat kepada pengguna.
Semoga, pengeluaran nasi lemak kukus Seri Bestari yang berlandaskan IMP akan memberi kebaikan kepada pengguna serta keredhaan daripada Allah jua, Insya Allah.