2008-12-26

SERI BESTARI JENAMA NASI LEMAK KUKUS KELUARAN KILANG BUMIPUTERA

SERI BESTARI ENTERPRISE merupakan syarikat milik seratus peratus bumiputera yang mengeluar nasi lemak kukus secara besar-besaran berkonsepkan kilang yang berpengkalan di Taman Tabung Haji, Jitra, Kedah. Kilang ini akan memperkenalkan 10 jenis nasi lemak kukus dengan menu lauk pauk yang halal, lazat dan segar serta memenuhi selera pengguna.

Menurut Pengurus Pemasarannya, Mokhtar Hamid bahawa, “ kilangnya akan memperkenalkan sebanyak 10 jenis menu nasi lemak kukus berjenama ‘Seri Bestari’ yang akan mula dipasarkan pada minggu kedua bulan Januari tahun depan.

“Seri Bestari adalah jenama nasi lemak kukus keluaran bumiputera yang pertama di Malaysia dengan menampilkan pelbagai citarasa yang terdiri nasi lemak kukus johor, madura, betawi, rampai, mahkota, mahsuri, ala nyonya, mahkota, ala thai dan istimewa, kata Mokhtar.

Nasi Lemak tidak rasminya sudah menjadi hidangan wajib, bukan sahaja kepada orang Melayu, bahkan juga bangsa-bangsa lain termasuk Cina, India dan lain-lain di negara ini. Tiada yang boleh mengatasi keenakan nasi lemak kukus kerana ianya mengeluarkan aroma yang unik, dimasak dengan santan kelapa dan diperlazatkan lagi dengan pelbagai jenis lauk - pauk seperti sambal seri bestari, sambal ikan bilis, sambal sotong, rendang ayam, telur rebus, telur goreng, kacang goreng, keropok ikan, papadum, timun, kangkong dan pelbagai lagi yang membangkitkan selera pengguna.

Kini, nasi lemak bukan sahaja dinikmati pada waktu pagi. Malahan, ia dinikmati pada waktu makan tengahari dan malam.

Mokhtar menambah, “Ilham membuka kilang mengeluarkan nasi lemak secara besar-besaran ini timbul apabila melihat ‘trend’ pengguna yang terdiri pelbagi kaum di Malaysia yang meminati makanan ini. Di mana-mana saja gerai, warung, restoran termasuk hotel, nasi lemak menjadi salah satu menu yang menanti pengguna menikmatinya”.

Bercakap tentang modal pelaburan membuka kilang nasi lemak kukus tersebut, Mokhtar berkata, sebanyak RM 90 ribu dibelanjakan untuk menyediakan pelbagai keperluan asas seperti peralatan memasak, bahan mentah, pengubah suaian bangunan kilang, penyediaan bahan pembungkusan, pengiklanan serta biaya kursus kepada pekerja. Di samping, sebanyak RM 50 ribu disediakan sebagai modal pusingan.

Peringkat permulaan, kilang nasi lemak kukus Seri Bestari akan memperkenalkan empat jenis nasi lemak kukusnya iaitu nasi lemak madura, ala nyonya, mahsuri dan mahkota”, katanya.

Antara keistimewaan nasi lemak kukus berjenama Seri Bestari ini, ialah, pertama, ia diproses oleh kilang yang mengamalkan konsep IMP (Islamic Manufacturing Practice) supaya produk yang dihasilkan betul-betul halal, bersih dan berkualiti, sekaligus mengikut standard dan piawaian Akta Makanan 1984, Malaysia. Kedua, citarasa produk Seri Bestari adalah konsisten kerana ia diproses mengikut prosedur dan resepi dengan kawalan yang ketat. Ketiga, kaedah pembungkusan produk ini menggunakan material penahan haba dan hygernic, sekaligus nasi lemak kukus Seri Bestari sentiasa segar, bersih dan selamat dimakan oleh pengguna, keempat, pengguna boleh mendapatinya di hampir 850 lokasi di seluruh bandar utama di negeri Kedah dan Pulau Pinang. Kelima, nasi lemak kukus ini dijual pada harga relatif murah. Ada empat jenis harga iaitu serendah dari RM 1.00, RM 1.50, RM 2.00 dan RM 3.00 sebungkus mengikut menu hidangan.

Berhubung dengan kapisiti pengeluaran nasi lemak kukus tersebut, Mokhtar menjelaskan bahawa kilangnya boleh mengeluarkan produk nasi lemak kukus sebanyak 30 ribu bungkus dalam sehari. Namun pengeluaran adalah bergantung kepada permintaan pengguna dan juga agen pengedaran yang dilantik.

Bagi individu yang berminat untuk menjadi agen atau mengetahui lebih lanjut berhubung dengan nasi lemak kukus Seri Bestari boleh menghubunginya di talian, 012-475 8002 ataupun melayari blog : www.nasilemakbestari.blogspot.comm pada bila-bila masa. Kilangnya juga sedia menerima tempahan dari pengguna ataupun para peniaga yang ingin menjual nasi lemak keluaran kilangnya.