2009-01-07

KENYATAAN MEDIA

MANGKUK TINGKAT.COM dan SERI BESTARI ENTERPRISE MENANDATANGANI MOU MEMBANGUNKAN SISTEM FRANCAIS NASI LEMAK KUKUS PERTAMA DI MALAYSIA

MANGKUK TINGKAT .COM yang menyediakan perkhidmatan makan tengahari dan malam secara online yang berkonsepkan ‘pesan dan hantar’ di sekitar Lembah Kelang akan berkerjasama dengan syarikat Seri Bestari Enterprise untuk memperkenalkan perniagaannya melalui konsep francais.

Mangkuk Tingkat.Com ditadbir urus oleh Yayasan Pembangunan Nurhikmah yang berpengkalan di Kajang, Selangor telah memulakan operasi pernigaannya sejak 2006 lagi. Sehingga kini seramai 3600 pelanggan tetapnya yang menerima perkhidmatannya dengan nilai pendapatan terkumpul pada tahun lalu sebanyak RM 1.8 juta.

Encik Ameer Soekre Ishak, Pengasas Mangkuk Tingkat.Com, juga Pengerusi Eksekutif, Yayasan Pembangunan Nurhikmah berkata, pihaknya berhasrat untuk mengembangkan perniagaan perkhidmatan makanan secara francais menjelang Julai depan. Sehubungan itu, Seri Bestari Enterprise yang menjadi pengeluar nasi lemak kukus yang pertama di Malaysia telah di pilih untuk menjadi rakan kongsi strategik bagi merealisasikan hasrat tersebut.

Seri Bestari Enterprise merupakan syarikat milih sepenuhnya bumiputera yang terletak di Kepala Batas, Jitra akan memulakan operasi pengeluaran nasi lemak kukus secara kilang pada pertengahan Januari ini dengan modal permulaan sebanyak RM 150 ribu. Sebanyak 10 jenis menu nasi lemak kukus akan dikeluarkan dari kilang ini secara berperingkat-peringkat.

Antara nasi lemak kukus yang dikeluarkan ialah nasi lemak Madura, Betawi, Johor, Ala Nyonya, Mahsuri, Rampai, Special, Pattaya, Mahkota dan Kampung yang di jual pada pada harga relatif murah iaitu dari RM 1.50 hingga RM 3.50 sebungkus.

Pihaknya (Mangkuk Tingkat.Com) tertarik dengan kemampuan dan keunikan keluaran syarikat Seri Bestari yang menumpukan pengeluaran produk makanan harian iaitu nasi lemak kukus secara besar-besaran ketika ini. Dalam suasana ekonomi negara yang sedikit merosot kesan kejatuhan mata wang global, pengguna sudah pasti mengalihkan perhatian kepada produk makanan yang menawarkan harga lebih murah, di samping tidak mengabaikan citarasa, serta mutu pemakanan tersebut.

Mangkuk Tingkat.Com amat optimis dengan kemampuan Seri Bestari untuk menjadi rakan kongsi strategik bagi menjayakan objektif memperkenalkan Restoren Nasi Lemak Kukus melalui sistem francais di Negara ini. Konsep francais yang akan diperkenalkan nanti terbahagi kepada tiga kategori, iaitu, pertama, francais restoren nasi lemak kukus, kedua, pembukaan kilang selaku pembekal kepada pengedar di setiap wilayah yang akan diwujudkan dan ketiga, francais sistem pengedaran ataupun penjualan produk siap oleh kilang.

Setiap satu sistem francais tersebut mempunyai kelainan dalam kegiatan perniagaan yang diterokai. Di mana, bagi kategori restoren nasi lemak kukus ia memberi tumpuan kepada penjualan makanan secara berpusat dan pelanggan boleh mendapatkan makanan di restoren-restoren yang dibuka kelak. Sasaran pertama tahun ini, sebanyak empat restoren akan di buka iaitu di Johor Bharu, Kuala Lumpur, Shah Alam dan Sungai Petani.

Bagi sistem kilang francais nasi lemak kukus pula, ia berperanan untuk memproses dan mengeluarkan produk makanan tersebut untuk di pasarkan dalam wilayah ia diwujudkan iaitu di wilayah utara, tengah, selatan dan Timur. Kaedah pengilangan yang dijalankan ialah berkonsepkan kepada IMP (Islamic Manufacturing Prcatice) serta memenuhi Akta Makanan 1985, Malaysia.

Dan francais sistem pengedaran pula ia akan melantik mana-mana syarikat pengedaran untuk memasarkan produk keluaran kilang Seri Bestari yang di buka setiap wilayah. Di mana sebanyak 85 orang pengedar di seluruh Negara akan dilantik meliputi empat wilayah tersebut.

Sehubungan kerjasama dengan Seri Bestari yang telah dimuktamad pada hari ini (Rabu), pelan pembangunan sistem francais akan memasuki tahap ketiga iaitu membuka peluang perniagaan kepada mana-mana pihak termasuk individu, syarikat dan koperasi yang berminat untuk menerokai bidang pernigaan ini. Mereka bolehlah menghubungi pihaknya di talian 019-215 8827 (Ameer) dan 019-548 8383 (Ady).

OLEH :

ENCIK AMEER SOEKRE ISHAK
PENGASAS MANGKUK TINGKAT.COM
DAN PRESIDEN EKSEKUTIF, YAYASAN PEMBANGUNAN NURHIKMAH