2009-01-07

PERLANTIKAN PENGEDAR SECARA TEMUDUGA

Bagi memastikan penguasaan pasaran nasi lemak kukus keluaran syarikat Seri Bestari Enterprise berjaya mencapai sasaran, kemampuan dan komitmen pengedar adalah faktor paling utama yang akan diberi perhatian.

Sehubungan itu, Seri Bestari akan memilih pengedar berdasarkan kepada syarat-syarat yang ditetapkan, di samping tidak mengabaikan tanggungjawab pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan kepada pengguna.

Menurut Mokhtar Hamid, Pengurus Pemasaran Seri Bestari bahawa, “perlantikan pengedar akan dinilai dengan teliti dan mengikit garispanduan yang dikelurakan oleh syarikat. Ini kerana, pengedar yang berkemampuan dan komited sahaja yang akan menjayakan objektif pernigaaan syarikat”.

“Pengedar adalah merupakan sayap kanan dalam sistem operasi pernigaan ini. Jika mereka gagal untuk memainkan peranan secara berkesan dan bertaggungjawab ia boleh memberi kesan serta kerugian yang ditanggung oleh syarikat”, katanya.

Mokhtar menambah, “Perlantikan Pengedar akan dibuat secara temuduga dan mereka yang terpilih wajib mengikuti latihan intensif selama seminggu supaya ia dapat memahami prosedur, etika kerja serta memahami peranan mereka sebagai Pengedar Seri Bestari”.

Berhubung faedah dan keistimewaan yang bakal dinikmati oleh Pengedar, beliau berkata, perkara itu akan dijelaskan olehnya nanti di dalam sesi temuduga yang akan diadakan. Sebagai gambaran, pengedar akan mendapat banyak faedah yang mungkin tidak diberi oleh mana-mana syarikat penjualan makan segera di negara ini.

Dijangkakan pada peringkat permulaan seramai 16 orang Pengedar diperlukan bagi memasarkan produk nasi lemak kukus yang dikeluarkan oleh kilangnya yang akan di buka di Kepala Batas, Jitra. Di mana para Pengedar tersebut akan memasarkan produk di wilayah utara iaitu Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Sehubungan itu, sesiapa yang berminat menjadi Pengedar boleh menghubunginya talipon peribadinya iaitu 012-4758002.