2009-01-03

SERI BESTARI Jamin Produk Halal Dan Berkualiti

KONSEP MAKANAN HALAL

Seri Bestari Enterprise selaku pengeluar produk nasi lemak kukus secara kilang ingin menegaskan bahawa produk yang dihasilkan adalah berkonsepkan ‘Halal dan Toyyiban’.

Bagi memastikan piawaian halal produk keluaran Seri Bestari menepati konsep produk ‘Halal dan Toyyiban’, maka kaedah pengeluaran secara IMP (Islamic Manufacturing Practise) diterapkan. Beberapa mekanisme diwujudkan dalam pengurusan syarikat yang meliputi pemilihan kualiti dan sumber bahan mentah, kaedah pemerosesan dan penyediaan makanan serta sistem kerja mengikut nilai-nilai Islam yang diaplikasikan secara sistematik.

Dalam ajaran Islam ia telah menetapkan secara jelas tentang makanan yang halal dan haram. Makanan halal bermaksud ia diperolehi daripada bahan makanan yang suci dan bersih, di samping berkualiti serta tidak boleh mendatangkan kesan mudharat kepada penggunanya.

Perkara berhubung halal dan haram sesuatu makanan telah diperjelaskan dengan begitu nyata dalam al-Quran. Setiap sumber makanan, sumber pendapatan, bahan keperluan harian dan sebagainya, wajib Halal.

Dalam Islam tidak ada istilah ‘Separuh Halal’ atau ‘Gred Halal’ dengan 5 Bintang’ atau sebagainya. Setiap bahan dan sumbernya perlulah 100% halal, malah ianya mesti suci dan baik serta tidak menimbulkan rasa was-was atau keraguan mengenai status halalnya. Ini adalah kerana setiap sumber yang haram akan menjadi darah daging dan akan menjejaskan amalan, doa dan personaliti dalaman dan luaran seseorang.

Menurut Pengurus Seri Bestari, Mokhtar Hamid bahawa, “isu Makanan halal merupakan kes yang perlu di beri perhatian, khusus oleh pengguna Islam. Ini kerana ia akan memberi kesan bukan sahaja di sudut agama, malah terhadap kehidupan manusia itu sendiri”.

“Apabila kita berbicara soal makanan halal ia terlalu luas kerana ia berhubungkait dengan banyak perkara. Namun, pengertian tentang konsep makanan halal tidak wajar disempitkan hanya untuk memenuhi keperluan orang Islam semata-mata. Sebaliknya, ia perlu diperluas dan dipromosikan sebagai makanan yang bersih, suci, berkhasiat dan mempunyai harga berpatutan agar semua golongan masyarakat mampu menikmatinya”, katanya lagi.

Konsep ‘Halal dan Toyyiban’ dalam produk makanan, seharusnya dilihat sebagai makanan menyelerakan, suci, berkhasiat, disediakan dalam persekitaran bersih, dijual pada harga berpatutan serta traksasi jualan yang jujur dan ikhlas.

Sehubungan itu, Seri Bestari ingin memberi jaminan kepada penggunanya supaya jangan rasa was-was menggunakan produk keluarannya kerana ia dijamin halal, bersih dan berkhasiat serta di jual pada harga yang relatif murah.