2009-01-07

SERI BESTARI DAN MAGKUK TINGKAT.COM MENANDATANGANI MOU PEMBANGUNAN SISTEM FRANCAIS

Buka Peluang Perniagaan Kepada Orang Ramai...

Seri Bestari Enterprise selaku pemegang jenama produk nasi lemak kukus yang dikeluarkan secara kilang pertama di Malaysia mengadakan persefahaman perniagaan dengan Mangkuk Tingkat.Com pada hari (Rabu) ini. Majlis menandatangani persefahaman tersebut diadakan di Golf Club Darulaman, Jitra yang disertai oleh rangkaian media tempatan termasuk TV3, Bernama. Dan Sinar.

Menurut Pengasas Seri Bestari, Basir Hj Ismail berkata, Mangkuk Tingkat.Com telah memilih syarikatnya menjalinkan kerjasama strategik bagi menjayakan objektif untuk mengembangkan sistem francais restoren makanan Melayu di Negara ini.

Basir menambah, “Mangkuk Tingkat.Com merupakan jenama kukuh dalam industri penyediaan perkhidmatan makan secara ‘pesan dan hantar’ melalui online yang sedang giat beroperasi di sekitar Lembah Kelang dan beberapa negeri di Semenanjung. Sejak ia memperkenalkan konsep makan tengah hari dan malam secara online ia telah berjaya menarik pelanggan tetap berjumlah 3600 orang”.

Berhubung dengan persefahaman perniagaan yang dijalin oleh Seri Bestari dan Magkuk Tingkat.Com, Basir berkata lagi, “ia merupakan usahasama strategik jangka pendek dan jangka panjang di dalam menguasai pasaran makanan segera berasaskan resepi Melayu melalui konsep francais yang akan dimulakan pada Julai depan”.

Konsep francais yang akan diperkenalkan terbahagi kepada tiga kategori, iaitu, pertama, francais restoren nasi lemak kukus, kedua, pembukaan kilang selaku pembekal kepada pengedar di setiap wilayah yang akan diwujudkan dan ketiga, francais sistem pengedaran ataupun penjualan produk siap oleh kilang.

Menjelaskan lagi konsep tersebut, Basir berkata setiap satu sistem francais tersebut mempunyai kelaian dalam kegiatan perniagaan yang diceburi. Di mana, bagi kategori restoren nasi lemak kukus ia memberi tumpuan kepada penjualan makanan secara berpusat dan pelanggan boleh mendapatkan makanan di restoren-restoren yang dibuka kelak. Sistem kilang francais nasi leak kukus pula berperanan untuk memproses dan mengeluarkan produk makanan tersebut untuk di pasarkan dalam wilayah ia diwujudkan dan francais sistem pengedaran pula ia akan melantik mana-mana syarikat pengedaran untuk memasarkan produk keluaran kilang Seri Bestari.

Ketiga – tiga sistem francais ini akan menggunakan jenama Seri Bestari yang memperkenal makanan nasi lemak kukus dengan pelbagai menu lauk-pauk. Sehingga kini, Seri Bestari akan memperkenal 10 jenis menu nasi lemak yang terdiri nasi lemak Madura, Betawi, Johor, Ala Nyonya, Mahsuri, Rampai, Special, Pattaya, Mahkota dan Kampung.

Mana-mana pihak yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut peluang perniagaan yang disediakan, bolehlah menghubunginya di talian 017-484 77191.